Soalan Lazim
1. Siapakah pemilik Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah)
Pizza Pah Foods Sdn dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Melayu berugama
Islam.
Lanjut>>>
2. Bilakan Pizza Pah mula beroperasi
Mula beroprasi pada tahun 1998 sebagai syarikat pemilik tunggal (Pizza
Pah Enterprise). Diperbadankan menjadi Pizza Pah Foods Sdn Bhd pada 25 Mei
2005.
3. Apakah keistimewaan piza keluaran Pizza Pah
-
Dikeluarkan
sepenuhnya oleh Pizza Pah, sebuah syarikat milik penuh Melayu (Bumiputra)
Islam. Semua komponen membuat piza seperti Roti Piza (Pizza Base),
Sos Piza (Pizza Sauce), Lauk (Toppings) dikeluarkan sendiri oleh
Pizza Pah menggunakan bahan mentah yang disahkan halal oleh
JAKIM. Kami juga menggunakan keju
Mozzarella yang dibuat menggunakan `vegetable rennet'.
4. Apakah peluang perniagaan bersama-sama Pizza Pah
Anda boleh menjadi Agen
Bebas (Individu),
Agen Kedai (Peruncit),
Stokis (Pengedar).
5. Apakah Agen bebas atau Agen Individu
Anda beli produk Pizza Pah dengan harga borong (20% diskaun) dan jual
balik kepada pelanggan anda dengan harga runcit. Pembelian minimum
RM300.00 Lanjut>>>
6. Apakan syarat-syarat untuk menjadi Stokis (Pengedar)
- Terbuka kepada usahawan Islam sepenuhmsaa
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Lanjut>>>
7. Apakah Syarat-Syarat untuk menjadi Agen Peruncit
Anda mesti mempunyai kedai runcit atau kafe atau restoran.
Lanjut>>>
8. Adakah harga ditetap oleh Pizza Pah
Ya. Semua harga ditetapkan oleh kami dan sama seluruh semenanjung.
9. Adakah Pizza Pah menyediakan kiosk atau kafe kepada usahawan
Pizza Pah tidak menyediakan apa-apa premis seperti kiosk atau kafe.
Jika ada usahawan yang ingin membuka kiosk atau kafe yang berkonsepkan
Pizza Pah dan menjadikan produk Pizza Pah sebagai barang atau menu
utama, kami akan bantu menyediakan rekabentuk dan susunletak
suapaya nampak menarik. Semua kos ditanggung oleh usahawan.
Jika usahawan ingin memohon pinjaman, kami bersedia menyokong untuk
mendapatkan pinjaman dan grant daripada agensi-agensi berkaitan.
10. Berapa jenis lauk (toppings) yang telah dikeluarkan oleh
Pizza Pah sehingga kini.
Kami mengeluarkan 9 jenis lauk dalam bentuk `Standard Topping' dan
`Cheesy Rich Toppings'
Jenis-jenis lauk tersebut ialah:
- Ayam
- Daging
- Sosej Ayam
- Sosej Daging
- Vegetarian
- Makanan Laut (Seafood)
- Ayam Hawaiian
- Tuna
Semua jenis piza dikeluarkan dalam empat saiz ialah itu:
- Saiz Mini (5") - hanya untuk tempahan
- Saiz Single (7")
- Saiz Regular (9')
- Saiz Family (12")
11. Adakah Pizza Pah menjual komponen atau bahan separuh siap
membuat piza?
Ya. Kami juga menjual komponen membuat piza selain piza yang dah
siap. Bahan-bahan separuh siap itu ialah roti piza, sos piza dan lauk
piza. Kami juga boleh bekalkan keju mozarella jika ada permintaan yang
mencukupi.
12. Apakah perbezaan antara Standard Topping dan Cheesy Rich
Toppings.
Dalam bentuk sejukbeku, Cheesy Rich Topping ialah Standard Toppings
yang diletak lebih keju.
Di Kafe atau restoran ramuan tambahan seperti bell pepper,
bawang, cendawan butang dan tomato segar juga ditambah sebelum piza
dibakar dalam oven memberi citarasa yang unik dan eksklusif.
Mintalah piza Cheesy Rich Topping dari
Agen Siap Masak kami hari ini.
|