Hari ini     

PIZZA PAH FOODS SDN BHD

Sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra Islam (Reg. No. 692577-D)

Pengeluar Piza Sejukbeku Bumiputra Islam Pertama Di Malaysia

 

RESEPI

Daftar Nombor  Hp anda di Twitter dan ikut kami

 

   

 

 

Soalan Lazim

Peta Laman

Pautan

Muaturun

Resepi

Penafian

Balik

 

 

.

 
CARA-CARA MEMASAK PIZA KELUARAN PIZZA PAH 

 

PERSEDIAAN

 

Keluarkan pizza dari peti sejukbeku dan biarkan selama 20 minit atau `defrost' sehingga lembut (1 atau 2 minit dalam microwave oven). Buka pembalut plastik.  Jika mahu, anda boleh letakkan ramuan tambahan ke atas piza anda sebelum dibakar. Bahan-bahan yang boleh ditambah termasuklah  cendawan butang, cili bulat (bell pepper), tomato segar  dan  bawang besar. Semua bahan tadi dipotong kecil dan ditabur atas piza. Jika anda tambah nenas, jadilah piza Hawaiian. Anda juga boleh membuat Cheesy Rich Topping dengan menambah keju mozzarella. 

 

ANDA BOLEH MEMASAK PIZZA PAH DENGAN BEBERAPA CARA: 

 

 

1. Masak Menggunakan  Ketuhar  Biasa (Conventional Oven) Sila gunakan ketuhar biasa untuk mendapatkan citarasa sebenar Pizza Pah. Panaskan ketuhar sehingga suhu 200-2100C. Masukkan pizza dan bakar selama 8 hingga 10 minit atau sehingga keju cair dan bahagian bawah roti menjadi keperangan. Keluarkan, potong dan hidang. Sebelum dihidang, anda boleh hias (dress) permukaan piza dengan sos cili dan mayonis secukup rasa.

 

 

2. Masak Menggunakan Ketuhar Gelombang mikro (microwave oven).  

 

a) Covection Mode Tukar microwave oven anda kepada `convection mode'. Kemudian masak ikut cara-cara ketuhar biasa (Cara 1).

 

b) Microwave Mode Jika anda menggunakan `microwave mode', masak  sehingga keju cair (2 atau 3 minit). Pizza sudah boleh dimakan setelah keju cair  tetapi sifat rangup semasa panas tidak ada. Untuk menjadikan Pizza Pah lebih rangup, piza tadi perlu dipanaskan di atas kuali atau `hot plate' dengan suhu sederhana sehingga bahagian bawah roti menjadi garing dan keperangan.  Angkat, potong dan hidang. Sebelum dihidang, anda boleh hias (dress) permukaan piza dengan sos cili dan mayonis secukup rasa.

 

 

3. Masak Mengguna Periok Masak Nasi (Rice Cooker)  Sapu sedikit minyak masak pada dasar rice cooker. Masukkan piza dan pastikan roti piza rapat dengan dasar rice cooker. Pasang suis dan tunggu sehingga suis tertutup dengan sendiri (seperti memasak nasi). Keluarkan piza, potong dan hidang. Sebelum dihidang, anda boleh hias (dress) permukaan piza dengan sos cili dan mayonis secukup rasa.

 

 

4. Masak Menggunakan kuali  Sapu sedikit minyak pada kuali. Panaskan dengan api paling kecil. Masukkan piza dan tutup rapat supaya wap tidak keluar. Tunggu sehingga keju cair dan bahagian bawah roti menjadi keperangan. Keluarkan piza, potong dan hidang. Sebelum dihidang, anda boleh hias (dress) permukaan piza dengan sos cili dan mayonis secukup rasa.

 

 

Nota: Anda boleh potong piza mengikut saiz yang hendak digunakan sahaja. Bakinya simpan balik dalam sejukbeku.

 

Dapatkan PIZZA PAH di kedai-kedai dekat dengan anda

 

SELAMAT MENIKMATI PIZZA PAH

 

 

 

 
rumah anak yatim

Jadikan Harta Anda Kekal Abadi Sebagai Milik Anda Hingga Hari Akhirat Dengan Sadaqah Jariah Kepada Anak Yatim