|
Kemaskini terakhir: 2 Feb 2010.
(Semua
maklumat hanya betul semasa tarikh kemaskini. Sila hubungi kami
untuk maklumat terkini).
Agen individu terbuka kepada semua individu yang tidak mempunyai kedai atau
premis perniagaan tetapi ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan
atau `part-time’. Pelanggan mereka biasanya terdiri daripada jiran, rakan
sepejabat dan sahabat handai. Komisyen (margin kasar) diberikan sehingga
22% bergantung pada saiz dan jenis pizza
Permohonan untuk
menjadi Agen Individu boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang
boleh didapati dari Pejabat Urusan Pizza Pah Foods Sdn Bhd.
Syarat-Syarat:
1. Warga negara
Malaysia
2. Mengisi borang
permohonan dengan lengkap dan disertakan dengan 2 keping gambar
warna saiz passport
3. Pendaftaran adalah
percuma. Tidak ada yuran tahunan.
4. Pembelian minimum
setiap kali tempahan ialah RM300.00. Pembelian hendaklah dibuat melalui
PENGEDAR /
STOKIS kawasan masing-masing. STOKIS berhak menolak tempahan
yang kurang dari RM300.00. Agen hendaklah mengambil sendiri produk yang
ditempah.
5. Produk Pizza Pah
hendaklah dijual pada harga yang disyorkan.
6. Produk Pizza Pah
hendaklah disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan supaya mutu dan rasa
dapat dikekalkan. Paling mustahak ialah supaya tidak merbahayakan
keselamatan pengguna.
7. Sentiasa menjaga
nama baik Pizza Pah Foods Sdn Bhd. Pizza Foods Sdn Bhd boleh membatalkan
keahlian bila-bila masa sahaja jika ahli didapati melanggar syarat-syarat
yang ditetapkan. Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan.
|